Selasa, 30 November 2010

Kewujudan Alam Semesta Menurut Al-Quran

Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut;

Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An'aam:101.

Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.

Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.

PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA

Dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat; 47)

Edwin Hubble

Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.

Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.

Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.

Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.


PEMISAHAN LANGIT DAN BUMI

Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.ayat.

"dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?". (Surah Al-Anbia: 30)

Kalimah 'ratq' diertikan sebagai dijahit yang bermaksud 'dikumpul bersama, dicampur' dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa 'Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.

Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam semesta.

Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur'an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.
ORBIT
Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;

Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya) . (Surah al-Anbiya; 33)

Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)

Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.

Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;

Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat; 7)

Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.

Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.

Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.

حال-حال يغ ممبطلكن ايمان

فمباطلن ايمان اداله سسواتو يغ دافت مغهافوسكن ايمان سسوده ايمان ماسوق ددالمث يغ انتارا لاين اداله سفرتي برايكوت:
1.   مغايغكاري ربوبيه الله اتاو سسواتو دري كخصوصن-كخصوصنث, اتاو مغاكو مميليكي سسواتو دري كخصوصن ترسبوت اتاو ممبنركن اورغ يغ مغاكوءيث.
2.   سومبوغ دان برفاليغ دري الله سبحانه وتعالى.
3.   ممينتا فرتولوغن سلاين دري الله.
4.   منولق سسواتو يغ دتتقكن الله انتوق ديريث اتاو يغ دتتفكن اوليه رسولث.
5.   مندوستاكن رسول الله.
6.   ممفرسنداكن الله اتاو القراءن اتاو اضام اسلام اتاو اف-اف سهاج يغ برسغكوت فاوت مغناءي اضام اسلام.


تاهف-تاهف كايمانن.

فمبنتوقكن مشاركة دان امة اسلام ممرلوكن ماس يغ فنجغ, اوسها يغ برتروسن, فنخوراهن تناض يغ بسر دان كسدياءن ملالوءي تاهف-تاهف ترتنتو سفرتي يغ تله دفرليهتكن ددالم سيرة رسول الله صلى الله عليه والسلام دان فارا صحابة رضى الله عنهم اجمعين.
تاهف-تاهف يغ برداسركن سيرة رسول الله صلى الله عليه والسلام اداله سفرتي برايكوت:
·        تاهف فمباغونن عقيدة يغ ملاهيركن كفهامن يغ بتول تنتغ حقيقة عالم, ماءنسي دان كهيدوفن. اينله تاهف اساسي, فرتام دان اوتما دالم فمبنتوقكن شخسيه اسلاميه. اي قائدة اساس يغ اكن ممفربتولكن تينداقن- تينداقن برايكوتث.
·        تاهف فرلقسناءن ايمان دالم رياليتي كهيدوفن مسلم سفرتي مان يغ فرنه دجلسكن اوليه رسول الله صلى الله عليه والسلام: " ايمان بوكنله دغن اغان-اغان دان هياسن-هياسن, تتافي اي اداله اف يغ برتختا ددالم هاتي دان دبوكتي فول دغن عمالن."
اينله تاهف فغحياتن ايمان دالم تيغكه لاكو دان اكتيبيتي هيدوف سفيا بنر-بنر لاهير كهيدوفن اسلام. مريك يغ كوكوه عقيدة, بتول فهامن دان باءيك عمالن مثداري بهوا دسان تردافت تغضوغجواب يغ واجب دلقسناكن ياءيت عمل هراكي انتوق ممبنتوق, منروس دان ممفرتاهنكن امه دان دولة اسلامية.

كرج-كرج بسر اين تيدق ممفو دفيكول دغن تناض ساورغ, بهكن ممرلوكن فغليباتن دالم تنظيم هراكي سخارا برسغضوه-سغضوه. ستيف مؤمين باغون ممفربايكي اهلي-اهلي,كاون-كاون دان مريك يغ ممفوثاءي هوبوغن دغنث. كبايقكن سساورغ تيدق اكن مغضوضوركنث درفد توضس مغاصلحكن اورغ لاين يغمان واجب باضيث مميكول تغضوغجواب الامر بالمعروف والنهى عن المنكر مسكيفون اياث كساورغن.



Pengertian Iman

Iman disisi bahasa arab bermaksud membenarkan atau mempercayai sesuatu khabar dan disebut oleh pakar bahasa Ibn Manzur sebagai membenarkan dan lawannya ialah mendustakan (lihat dalam Kitab لسان العرب m/s 223 Jilid 1).

Bagaimanapun maksud iman yang hakiki tidak hanya bermakna “Membenarkan” sebaliknya seperti yang disebutkan oleh Imam Ibn Jauzi Al-Bagdadi ra (meninggal 597 Hijrah) bahawa iman di dalam Al-Qur’an itu pernah disebut dan didatangkan dalam lima bentuk iaitu :

Pertama : Kepercayaan : iaitu mempercayai dan membenarkan apa yang didatangkan oleh Allah swt seperti di dalam ayat 17 Surah Yusof وَمَا أَنْتَ بِمُؤْمِنٍ لَنَا وَلَوْ كُنَّا صَادِقِينَ)) “Dan tidaklah kamu akan mempercayai kepada kami sekalipun kami ini benar”. Di dalam ayat di atas digunakan kalimah sodiqin yang bermaksud hubungan iman itu ialah mesti dicapai dengan kepercayaan yang terhasil apabila membenarkan apa yang disampaikan.

Kedua : Iqrar dan pengakuan dengan lisan tetapi tidak membenarkan dengan hati, Ketiga : At-Tauhid, Ke-empat :Syariah, Kelima :As-Solat.

Lihat keterangan lanjut di dalam kitab نزهة الأعين النواظر في علم الوجوه والنظائر m/s 145-147 Cetakan Beirut.

Al-Imam Ibn taimiyyah ra menyebutkan juga masalah ini bahawa iman itu tidaklah hanya bermaksud membenarkan seperti kebanyakkan sangkaan orang ramai kerana tidak dikatakan kepada seluruh perkara yang dibenarkan seperti khabar berita dan lain-lain yang disampaikan oleh seseorang itu dengan diberi jawapan أمنت “aku beriman” sebaliknya digunakan kalimah صدقت iaitu “aku membenarkan atau aku mempercayainya”. Ini disebabkan penggunaan jawapan aku membenarkan seringkali berlaku kepada perkara keduniaan dan urusan harian.

Adapun “keimanan” berlaku kepada perkara ghaib dan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar maka dari situlah ucapan aku beriman digunakan sebagai ganti aku membenarkan. Berkata lagi Syeikhul Islam Ibn taimiyyah bahawa iman itu ialah darjah keyakinan dan kepercayaan yang bermula di hati dengan mencapai ketenangan dan jauh dari keraguan serta darinya membenarkan seluruh apa yang didatangkan oleh Allah swt dan ditunaikan dengan ketaatan.

Kemudiannya kalimah iman itu juga hanya digunakan dalam perkara yang ghaib dan bersangkut soal-soal yang datang dari Allah swt. Iman pula memiliki ciri-ciri makna yang lebih khusus dari sekadar “tasdiq” membenarkan, iaitu iman membawa makna perkhabaran yang iltizam (pasti) dan keyakinan yang tidak tergugat serta jauh dari syak dan ragu-ragu.

Kalimah “tasdiq” membenarkan digunakan kepada sesuatu yang lebih umum dan hanya kepada zahir hal seperti dikatakan aku mempercayaimu dan aku membenarkan berita yang disampaikan lalu hanya sekadar itu.

Maka iman pula sebaliknya tidak boleh diterjemah demikian kerana, kalimah iman yang lawannya kufur ialah sesuatu yang tidak hanya membenarkan sebaliknya mengandungi keyakinan, ketegasan kepada janji dan berita khabar yang pasti lalu membawa kepada ketaatan dan perlakukan balas dari keyakinan yang dimiliki.

Hal ini tercerna dalam pelbagai dalil dari kitab dan sunnah misalnya :

“Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati." Allah berfirman: "Belum berimankah kamu ?" Ibrahim menjawab: "Aku telah mengimaninya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku) Allah berfirman: "(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu. (Allah berfirman): "Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bahagian dari bahagian-bahagian itu, kemudian panggillah mereka, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan segera." dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al-Baqarah : 260).
Pendapat yang mengatakan burung-burung itu dicincang diatas adalah menurut pegangan At-Thabari dan Ibnu Katsir, sedang menurut Abu Muslim Al Ashfahani dan lain-lain ahli- takwil aqli pengertian ayat diatas bahawa Allah memberi penjelasan kepada Nabi Ibrahim a.s. tentang cara Dia menghidupkan orang-orang yang mati. Disuruh-Nya Nabi Ibrahim a.s. mengambil empat ekor burung lalu memeliharanya dan menjinakkannya hingga burung itu dapat datang seketika, bilamana dipanggil. Kemudian, burung-burung yang sudah pandai itu, diletakkan di atas tiap-tiap bukit seekor, lalu burung-burung itu dipanggil dengan satu tepukan/seruan, nescaya burung-burung itu akan datang dengan segera, walaupun tempatnya terpisah-pisah dan berjauhan. Maka demikian pula Allah menghidupkan orang-orang yang mati yang tersebar di mana-mana, dengan satu kalimat cipta hiduplah kamu semua pastilah mereka itu hidup kembali. Jadi menurut Abu Muslim sighat amr (bentuk kata perintah) dalam ayat ini, pengertiannya khabar (bentuk berita) sebagai cara penjelasan. Pendapat beliau ini kemudian dipegang pula oleh Ar Razy dan Rasyid Ridha. Wallahualam

Di dalam ayat di atas jelas menunjukkan bahawa iman itu mempunyai pelbagai tahap kedudukan dan Nabi Ibrahim as telah membenarkan tetapi tidak mencapai tahap ketenangan dan keyakinan hati serta belum muthma’inah sehingga memaksanya memohon kepada Allah swt agar ditunjukkan kepada baginda akan kekuasaan Allah swt sehingga beroleh baginya keyakinan dan keteguhan iman.

Iman itu mengandungi makna iqrar (pengakuan), juga pembenaran (tasdiq) serta kepercayaan yang mencapai darjah keyakinan sehingga dengannya disebut wajib ditunaikan dengan hati, lisan dan amalan perbuatan. Lalu sekiranya mahu disebut iman itu dengan perkataan tasdiq maka haruslah diperluaskan makna tasdiq (pembenaran) itu tidak hanya dengan menyebut tasdiq pada hati, lisan dan amalan perbuatan sebaliknya mesti ditegaskan dengan iqrar, keyakinan yang membawa kepada ketaatan (yang disebut al-inqiyad).

Allah swt menyebutkan kalimah iman di dalam Al-Qur’an tidaklah dengan mutlak sebaliknya seringkali mengikatnya dengan sesuatu atau menafsirkannya seperti mengikat kalimah iman dengan perkara ghaib dan perintah atau menafsirkannya dengan tuntutan keimanan dan rukun-rukunnya serta cri-ciri mereka yang beriman.

“(Iaitu) mereka yang beriman, kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.” (Al-Baqarah : 3).

Demikian ayat di atas menyebutkan Iman itu ialah kepercayaan yang teguh yang disertai dengan ketundukan dan penyerahan jiwa. Tanda-tanda adanya iman ialah mengerjakan apa yang dikehendaki oleh iman itu. Juga ada kalanya ditafsirkan ciri-ciri pemilik iman itu seperti firman Allah :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka Itulah orang-orang yang benar.” (Al-hujurat : 15).

Dimaksudkan dengan golongan yang benar itu ialah mereka yang benar iman mereka disisi Allah swt dan memenuhi ciri-ciri iman di dalam ayat ini yang menjelaskan bagaimanakah sifat dan ciri mereka yang beriman iaitu dengan menunaikan perintah Allah swt setelah menyakini segala kebenaran apa yang diturunkan oleh Allah swt yang lalu mengerjakan segala tuntutan dan perintah yang dituntut.

Hakikat Iman DiSisi Ahlul Sunnah Wal Jamaah oleh Saudara Emran bin Ahmad

Memahami hakikat iman ialah satu persoalan yang penting khususnya apabila pemahaman ini membentuk kepada pemecahan kelompok manusia dan membezakan status manusia di antara satu sama yang lain. Kita seringkali membaca persoalan iman di dalam pelbagai kitab-kitab dan buku malahan sejak di bangku sekolah didedahkan dengan kefahaman iman yang cetek serta tidak mendalam.


Disebabkan iman yang diajar di dalam matapelajaran pengajian Islam di bangku sekolah ialah bertujuan untuk meluluskan pelajar di dalam peperiksaan dan ilmu “so- called” yang dicari oleh golongan muda-mudi di sekolah ialah “kumpulan silibus” yang ditulis oleh lembaga pendidikan demi memastikan para pelajar memenuhi ciri-ciri keilmuan yang berteraskan kepada pekerjaan.

Maka di sekolah, pengajian Islam lebih berbentuk satu kelas pengajian yang mencurahkan teks-teks hafalan yang mesti dihafal oleh pelajar dan salah satunya ialah pengertian iman dan dihafal untuk dijawab dalam kertas peperiksaan. Setelah itu pengertian iman itu dilupakan dan diabaikan dan tidak diterapkan di dalam kehidupan. Demikian juga guru-guru dan ustaz yang mengajar seringkali tidak memahami apakah makna iman dan lawannya iaitu kufur dengan pemahaman yang sahih sehingga dapat menerangkan kepada umat Islam akan kewajipan mereka dalam menunaikan tuntutan keimanan.

Apakah Peranan dan Fungsi Masjid di Zaman Rasulullah masih wujud pada masa kini?

Masjid merupakan rumah Allah yang mana manusia akan mengerjakan solat di dalam nya.Jika kita mengimbas kembali sejarah di zaman Rasulullah fungsi dan peranan masjid itu memainkan peranan yang besar di dalam kehidupan sehari-harian dimana masjid pada zaman itu menurut riwayat digunakan sebagai tempat bermesyuarat,tempat menuntut ilmu,berniaga dan sebagainya.

Namun,pada masa kini kita dapat lihat bahawa peranan masjid itu berkurangan.Dimanakah silapnya?Jika kita mengatakan bahawa masjid tidak sesuai untuk menjadi tempat perniagaan maka itu sudah setentunya dipersetujui. Akan tetapi dalam hal yang lain adakah ia berperanan dengan sepenuhnya??

Adakah masjid pada masa kini hanya tertumpu kepada Solat berjemaah 5 waktu sehari semalam?? atau adakah masjid hanya berperanan dalam membimbing kanak-kanak atau orang dewasa supaya dapat mempelajari Al-Quran??

Kita renungkan firman Allah Taala di dalam surah At Taubah yang mana Allah Taala menyatakan bahawa sesiapa yang memakmurkan masjid adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat..

Fokus utama disini ialah mengenai dengan kata "Makmur" yang mana jika di lihat dan di imbas semenjak 10 tahun kebelakangan atau lebih dari itu,misi berdakwah bukan lagi terletak atau berperanan di dalam masjid,akan tetapi ianya dilakukan diluar masjid

Kesimpulannya,adakah kita sudah melaksanakan untuk melakukan sesuatu agar masjid tersebut di makmurkan bukan khusus pada waktu malam Bahkan ianya perlu berfungsi tanpa mengikut kehendak hawa nafsu denagn menetapkan waktu kerana DAKWAH itu berlaku tidak mengenal masa dan tempat
Allahu A'alam...

DAKWAH DALAM ISLAM Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

Allah berfirman yang bermaksud:
"Siapakah yang terlebih baik perkataannya daripada orang yang Menyeru
kepada Allah dan beramal soleh seraya berkata:"Sesungguhnya saya salah
seorang Muslim." (Fussshilat ayat 33)
Perkataan ataupun ucapan menyeru manusia ke jalan Allah adalah suatu amalan yang terbaik dan mulia. Tugas suci ini telah dilaksanakan oleh Rasul-Rasul Allah semenjak mula manusia diciptakan, yang telah ditunaikan oleh ramai utusan Allah S.W.T. antara lain Adam a.s., Noah a.s, Hud a.s, Ibrahim a.s (Abraham), Ismail a.s, .Ishak a.s.(Isaac), Ya'qub a.s.(Yacob), Yusuf a.s.(Joseph), Musa a.s(Moses), Daud a.s.(David), Sulaiman a.s.(Solomon), Isa a.s. (Jesus) dan hingga ke akhir Rasulullah Muhammad s.a.w.Semua mereka menyeru ke jalan Allah, jalan yang benar dan melarang manusia dari perbuatan yang keji dan jahat.
Semua utusan Allah itu telah melaksanakan tugas mereka dengan baik dengan tidak mengharapkan apa-apa upah, malah mereka telah mengorbankan harta benda malah ramai pula diantara mereka yang dikejaar-kejar dan ingin dibunuh, seperti apa yang telah dialami oleh Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. dan juga apa yang telah dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Rasulullah s.a.w.mengajak manusia ke jalan Allah dengan lemah lembut dan kasih sayang sesuai dengan Firman Allah yang maksudnya:
"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dijalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."(Annahl:125)Usaha menyeru manusia ke jalan Allah bukanlah pekerjaan yang mudah, ia memerlukan pengorbanan segalanya, baik tenaga, harta benda jika diperlukan nyawa sekalipun. Usaha yang mulia ini akan berhadapan dengan banyak halangan dan rintangan yang datangnya dari berbagai penjuru. Jika kita tabah menghadapinya Insya-Allah usaha Dakwah kita akan berjaya..Sejak Adam a.s. hingga hari kiamat syaitan bekerja keras untuk menyesatkan Adam a.s. dan anak cucunya. Bila syaitan menjelma menjadi manusia, maka syaitan manusia ini akan berusaha keras untuk menghalang segala pekerjaan yang baik, terutama sekali Dakwah ke jalan Allah, menyeru kepada yang baik dan melarang daripada yang mungkar. Mereka akan bekerjasama menghalang Dakwah dengan berbagai cara dan daripada  mereka ini kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pertolongan. Kita perlu berusaha sendiri. Insya Allah dengan usaha yang tidak mengenal putus asa dan dengan pertolongan Allah Nabi s.a.w.telah mencapai kejayaan.
Kita teringat betapa susahnya Nabi berdakwah dalam menyampaikan seruan Allah. Nabi s.a.w. dihina, difitnah, dituduh orang gila, dikejar-kejar malah mau dibunuh. Baginda pergi ke Taif untuk menyampaikan Dakwahnya. Di sana beliau telah disambut dengan cercaan dan makian. Malah mereka menyuruh budak kecil melempari Nabi s.a.w. dengan batu kayu dan sebagainya, sehingga tubuhnya penuh dengan luka dan kakinya berdarah. Dalam keadaan seperti itu Rasulallah s.a.w. hanya berdo'a:
"Ya Allah tunjukilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahuinya."
Kaum jahiliyah Quraisy terus sahaja berusaha untuk menghalang perjuangan Nabi s.a.w. Tidak cukup dengan cacian dan makian, melemparkan kotoran ke tubuh Baginda, meletakkan duri di depan rumah Baginda, malah Rasulallah s.a.w. dan kaumnya bani Hasyim dan bani Muthalib dipulaukan hingga hampir tiga tahun lamanya.
Mereka dibiarkan di sebuah lembah yang kering kontang, dan tidak dibenarkan siapapun untuk memberikan apa-apa pertolongan.Tidak cukup dengan berbagai penganiaayaan dan kezaliman malah mereka telah membuat pakatan untuk membunuh Nabi s.a.w. Akhirnya Rasulallah s.a.w. diperintahkan Hijrah ke Yathrib (Madinah).
Di Madinah Dakwah Nabi s.a.w.mendapat sambutan diluar dugaan. Di Madinah Nabi s.a.w. disamping mendirikan masjid Rasulullah s.a.w., telah mempersaudarakan  kaum Muslimin yang datang dari Makkah (Muhajirin) dengan kaum Muslimin di Madinah (Ansor). Disamping itu Nabi telah berjaya menyatupadukan semua pendudukan Madinah yang terdiri daripada  berbilang kaum dan agama, dengan membuat perjajian yang terkenal dengan Piagam Madinah.
Alhamdulillah berkat usaha yang gigih dan tak pernah mengenal putus asa yang berlandaskan niat yang ikhlas menyeru manusia kejalan Allah, jalan yang menyelamatkan manusia daripada  kesesatan dan kehancuran, akhirnya Nabi sa.w, dengan pertolongan Allah s.w.t. dan bantuan daripada semua sahabat yang setia dalam perjuangan Rasulullah s.a.w. telah memperoleh kejayaan. Kemudian usaha yang mulia dan suci ini telah dilanjutkan oleh para alim-ulama dan cerdik pandai Islam lainnya. Dengan  bantuan daripada semua pihak terutama daripada para hartawan dan dermawan, akhirnya usaha yang mulia ini telah mendapat pengikut sehingga seperlima daripada penduduk dunia.
Tanggung jawab menyeru ke jalan Allah adalah menjadi tanggung jawab semua pihak, mereka yang tak boleh berdakwah dengan lisan, boleh berdakwah dengan harta benda. Ataupun sekurangg-kurangnya berdakwah dengan contoh teladan yang baik, semoga dengan demikian Insya-Allah usaha yang mulia ini diberkati dan akan memperoleh kejayaan.

Pohon Menjadi Saksi Pengislaman seorang Badwi

Abu Abdullah An-Naisaburi (Hakim) telah memberitakan pula dari Ibnu Umar ra. katanya: Semasa kami bersama dengan Rasulullah SAW dalam suatu perjalanan, tiba-tiba kami ditemui oleh seorang Arab badui. Apabila kami berhampiran dengan badui itu, berkata Rasulullah SAW kepadanya: "Hendak ke mana, wahai teman?!". "Hendak kembali ke kampungku",jawab badui itu. "Mahukah engkau jika aku tunjukkanmu kepada yang baik?". "Apa itu?", tanya si badui. "Engkau bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah saja, yang Esa, tiada sekutu baginya, dan bahwa Muhammad itu adalah hambanya dan UtusanNya",jawab Rasulullah SAW. "Siapa yang menjadi saksi atas apa yang engkau katakan itu?", tanya badui itu. "Engkau mahukan saksi? Engkau tak percaya kepadaku?!". "Ya, kerana aku tak kenal padamu!", jawab badui itu. "Baiklah", jawab Rasulullah SAW lagi. "Cukupkah jika pohon itu menjadi saksi?!", sambil beliau menunjuk kepada sebatang pohon yang berdekatan dengan karni. "Pohon menjadi saksi?", mata badui itu terbelalak, dia tertawa. Maka Rasulullah SAW pun memanggil pohon yang tumbuh di lereng lembah bukit itu supaya datang. Lalu pohon itu pun datang menyeret dirinya satu-satu hingga berdiri di hadapan badui itu. Dan beliau meminta kepadanya supaya menyaksikan bahwa apa yang dikatakan beliau itu adalah benar dan betul. Pohon itu lalu bersaksi dengan jelas, kemudian dia kembali semula ke tempatnya di lereng bukit itu. Orang badui itu terperanjat, dan tidak terkata-kata lagi. Kami juga merasa heran, namun begitu kami tahu yang berlaku itu adalah tanda mukjizat Rasulullah SAW. "Kalau begitu, aku percaya kepadamu!", jawab badui itu. Dia pun kembali ke kampungnya, sambil berkata, "Nanti, jika kaumku mengikutku, akan aku bawa mereka semua kepadamu". "Kalau tidak?". "Kalau tidak, aku sajalah yang akan datang kepadamu, dan duduk denganmu!"(Al-Bidayah Wan-Nihayah 6:125; Majma'uz-Zawa'id 8:292)

Kelebihan berkahwin serta kelebihan menjadi isteri.

DALIL-DALIL KELEBIHAN BERKAHWIN:
1. DALIL DARI AL-QURAN

Firman Allah Taala:

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”. (Surah al-Nuur: 32)

Ayat di atas merupakan satu anjuran yang ditujukan kepada orang-orang yang tidak mempunyai isteri supaya berkahwin.

“Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya”. (Surah al-Baqarah: 232)

Ayat di atas merupakan larangan dari Allah Taala kepada ibubapa yang enggan atau menghalang perkahwinan anak-anak perempuan mereka.

“Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (Surah al-Furqaan: 74)

Firman Allah Taala ini menyatakan satu sifat terpuji, iaitu berdoa memohon kepada Allah Taala agar dikurniakan isteri dan zuriat yang menyejukkan mata.

2. DALIL DARI HADIS RASULULLAH S.A.W :

Sabda Rasulullah s.a.w :

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. (Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas r.a)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”. (Hadis Dha’if riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar)

Rasulullah s.a.w. telah bersadba: “Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. (Hadis Dho’if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”. (Hadis Dha’if riwayat Ibnu Majah)

Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat jimak. (Hadis yang disepakati oleh ali Hadis)

Lima hadis Rasulullah s.a.w. di atas menunjukkan beberapa fadhilat dan kelebihan yang mendorong dan menggalakkan supaya berkahwin. Ia juga menunjukkan akan kekhuatiran terhadap berlakunya zina mata dan zina faraj (kemaluan). Perkahwinan merupakan satu-satunya jalan keluar dari kekhuatiran tersebut .

3.DALIL DARI PERKATAAN PARA SAHABAT DAN ULAMAK

Saidina Umar al-Khatab r.a pernah berkata:

“Tiada yang menghalang perkhawinan itu kecuali oleh orang yang lemah dan yang membuat maksiat.”

Perkataan ini menjelaskan bahawa agama tidak menghalang perkahwinan dan sebaliknya merupakan satu kecelaan terhadap orang-orang yang menghalangnya.

Saidina Abbas r.a. berkata:

“Tidak sempurna ibadat seseorang yang mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin.”

Ini bermaksud, tidak sempurna ibadat seseorang itu kecuali setelah hatinya dikosongkan dari segala gangguan-gangguan was-was nafsu syahwat perkahwinan. Lalu kekosongan tersebut diisi dengan Allah s.w.t. Perkara ini akan hanya akan diperolehi dengan jalan perkahwinan sahaja.

Abdullah bin Masud pernah mengucapkan:

“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang kusukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang.

Sewaktu wabak taun melanda negeri Mesir, dua orang isteri saidina Mua’z telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut. Dan ketika beliau sendiri diserang taun, katanya:

“Kahwinkanlah aku. Aku tidak suka menemui Allah s.w.t. dalam keadaan aku bujang. “

Saidina Ali r.a. telah berkahwin selepas tujuh malam kematian Saiyidah Fatimah r.a.

Saidina Umar al-Khatab r.a. adalah antara sahabat yang banyak berkahwin. Katanya:

“Aku tidak berkahwin kecuali untuk menghasilkan anak.”

Sufian bin Uyainah berkata:

“Memperbanyakkan isteri bukanlah dari perkara dunia yang sia-sia kerana saidina Ali r.a. merupakan seorang sahabat yang paling zuhud mempunyai 4 orang isteri dan 17 orang jariah. Perkahwinan merupakan jalan para anbiyak dan akhlak mereka. “

Imam Ahmad bin Hanbal r.a. telah berkahwin pada hari kedua kematian isterinya. Katanya:

“Aku tidak suka bermalam dalam keadaan aku bujang.”

TUJUAN PERKAHWINAN MENURUT PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI

Imam al-Ghazali pula ada menyebutkan di dalam kitabnya al-Ihya’ Ulumuddin, terdapat 5 tujuan iaitu :

1) Dapat menghasilkan keturunan supaya dunia ini tidak kepupusan makhluk dari bangsa manusia. Dan seterusnya anak tersebut dapat berdoa untuk kedua ibubapanya setelah kematian mereka.

2) Menghilangkan tekanan syahwat seks terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadatnya. Tekanan ini juga akan membawa kepada zina mata atau zina faraj. Dengan perkahwinan seseorang itu dapat memelihara diri dari syaitan yang akan membawa ke arah perkara-perkara yang haram.

3) Membereskan gangguan hati dalam masalah urusan rumahtangga seperti memasak, mengemas, membasuh dan lain-lain. Dengan ini, masanya tidak banyak terbuang hanya untuk urusan tersebut sahaja.

4) Dengan pergaulan dan percampuran suami isteri dapat menggembirakan serta menjinakkan hati dan perasaan. Di mana perkara ini akan mendorong dan menguatkan hatinya untuk rajin melakukan ibadat.

5) Dapat bermujahadah melawan hawa nafsu di dalam kehidupan berumahtangga, antaranya ialah:

i. Dengan menunaikan hak-hak yang diwajibkan terhadap isteri.
ii. Bersabar terhadap tingkah laku isteri yang tidak secocok dengannya.
iii. Berusaha untuk memperelok akhlak anak dan isterinya serta memberi tunjuk ajar kepada mereka ke jalan agama.
iv. Berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan rezeki yang halal untuk menyara anak dan isteri.
v. Mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.

TUJUAN DAN GALAKAN BERKAHWIN

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Rum ayat 21:

Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaanNya bagi orang-orang yang berfikir.

Di dalam firman Allah s.w.t. di atas jelas dan nyata sekali akan tujuan sebuah perkahwinan iaitu:

Membina kehidupan rumahtangga yang bahagia, aman dan damai.

Untuk mencapai kesatuan jiwa. Mereka sanggup bersama sehidup semati dalam meredah liku-liku dan pancaroba hidup. Manakala setiap kesenangan dan kebahagiaan yang diperolehi akan sama-sama dikecapi.

Hidup saling cinta menyintai, berkasih sayang dan percaya mempercayai.

Tiga pengajaran utama dari ayat di atas yang digariskan oleh Syeikh Muhamad Ali Qutb melalui bukunya, Tuhfatul Aris wal Arus ialah :

Pengajaran pertama:

Ketenteraman jiwa dari belenggu kemahuan nafsu dalam kehidupan suami isteri merupakan perkara yang asasi. Ketenteraman yang dimaksudkan di dalam ayat di atas terlalu luas pengertiannya, bukan hanya sekadar ketenteraman nafsu syahwat sahaja. Bahkan merupakan suatu kelegaan dan keselesaan dari keresahan, kegelisahan, kesunyian dan kekosongan. Atau dengan makna yang lebih tepat ialah ketenteraman rohani dan ketenangan batin.

Antara bukti yang nyata sekali ialah zuriat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. terhadap pasangan suami isteri. Ianya banyak mengisi kekosongan ruang yang sedia ada dalam jiwa pasangan ini. Malahan setiap manusia akan merasa kesunyian dan keresahan tanpa zuriat. Dengan mengendalikan perkara pertama ini dengan berpayungkan al-Quran dan al-Sunah, kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga akan sentiasa berada di samping mereka. Sebaliknya, melakukan zina samada dengan perempuan simpanan atau pelacur tidak ke mana arah tujunya. Hanya sekadar mahu mendapat sedikit dari kelazatan hidup.

Pengajaran kedua:

Rasa cinta yang berbalas. Iaitu yang lahir dari perlakuan antara satu sama lain, dan lahir pula dalam kerjasama serta saling bantu membantu antara suami isteri dan antara keluarganya masing-masing. Dengan semangat kerjasama antara suami dan isteri, begitu juga antara ibubapa dan anak-anak, di mana kesusahan mereka pikul bersama untuk menanggungnya, manakala mendapat kebahagiaan mereka sama-sama mengecapinya, maka darinya akan lahirlah apa yang dinamakan dengan cinta berbalas.

Pengajaran ketiga:

Rasa kasih sayang, di mana kehidupan manusia akan dirasakan terlalu pincang tanpa perasaan ini. Kasih sayang sebagai ibu, ayah, suami, isteri dan anak.

MASALAH PEREMPUAN LAMBAT KAHWIN

Masalah kahwin lambat kahwin yang berlaku di kalangan masyarakat Malaysia semakin hari semakin meningkat. Ini adalah disebabkan oleh perkembangan dan perubahan sosiobudaya yang begitu pesat sekali. Perubahan ini adalah disebabkan oleh kepesatan pembangunan, khususnya dalam bidang sosioekonomi dan pendidikan. Taraf pendidikan dan penceburan wanita dalam sektor pekerjaan dan profesional terus meningkat. Ini menyebabkan perkahwinan pada usia muda telah berkurangan. Sebagai bukti, pada tahun 1956 wanita yang berkahwin pada usia 15 - 19 tahun lebih kurang 97 peratus, dan ianya menurun 6 peratus sahaja pada tahun 1988. Peratus ini berkemungkinan akan terus menurun pada dekad ini kerana negara semakin maju dan kehidupan semakin canggih .

Jika sebelum merdeka, purata perkahwinan ialah pada sekitar usia 17 tahun, tetapi di luar bandar sekitar 15 - 16 tahun. Sekarang purata perkahwinan adalah pada umur 20 tahun. Dari itu, pada keseluruhannya penduduk Malaysia masih berkahwin pada usia muda. Contohnya, pada tahun 1988, umur perkahwinan pertama bagi wanita Melayu 19 tahun, Cina 22 tahun dan India 20 tahun.

Dahulu seorang gadis yang berusia 20 tahun dianggap anak dara tua jika belum berkahwin, tetapi sekarang ini sudah tidak begitu lagi, kerana pada usia tersebut masih ramai yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi, dan akan berlanjutan sehingga usia 24 atau 25 tahun. Itupun kalau tidak meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Mereka akan bekerja dengan sektor awam atau swasta atau istirahat sementara mendapatkan pekerjaan. Mungkan pada usia 30 tahun ke atas bolehlah dikatakan lewat terutama bagi wanita kerana ada faktor lain yang perlu diambil kira, yang berkait rapat dengan usia, seperti jangka hayat kesuburan yang berkait rapat pula dengan masalah kesihatan ketika hamil dan melahirkan anak dan sebagainya.

Faktor yang menyebabkan wanita lambat berkahwin ialah :

1.Perubahan nilai sosial.
2. Alasan ekonomi memaksa perubahan umur berkahwin.
3. Akibat perubahan struktur penduduk, keadaan dan keperluan wanita, seperti melanjutkan pelajaran dan bekerja membantu keluarga.
4. Sukar mendapat pasangan yang sesuai dan idaman hati.
5. Masalah peribadi.

Antara kesan negatif ialah:

1. Wanita yang berkahwin lambat akan melambatkan kelahiran anak pertama, tempoh subur dan selamat untuk mengandung dan melahirkan anak lebih pendek (15 - 49) tahun. Wanita yang lewat melahirkan anak pertama menghadapi komplikasi yang lebih tinggi semasa mengandung dan bersalin.
2. Majoriti masyarakat memandang serong dan kurang menyenangkan.
3. Membuang masa dan kurang produktiviti (zuriat dan ibadat)
4. Bercanggah dengan tuntutan agama yang menggalakkan kahwin lebih awal bagi menghindarkan maksiat.

Kebaikan dari berkahwin lambat ialah :

1. Minda lebih matang.
2. Ekonomi stabil.
3. Pengetahuan dan kemahiran lebih sempurna.
4. Lebih bersedia dan berkeyakinan.

rujukan : http://panduanhidup.wordpress.com/2008/08
/07/kelebihan-berkahwin/


KELEBIHAN MENJADI ISTERI..
Mulianya seorang isteri disisi Allah…

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.

Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… sebagai pengeluar ‘ manusia.

Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak melahirkan anak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua..

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki...

Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Al-Quran Kitab Allah Yang Agung

Al-Quran merupakan kitab Allah yang agung yang diturunkan kepada Junjungan Besar Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam yang mana di dalam nya pelbagai hukum hakam,syariat dan sebagainya yang merangkumi tentang hal ehwal kehidupan manusia.

Al-Quran juga sebagai penawar bagi segala penyakit yang ada di dunia ini seperti mana firman Allah Taala:
وننزل القران ماهوشفاءورحمة للمؤمنين

Al-Quran juga merupakan mukjizat kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai pedoman kepada baginda dan selruh umat islam di pelusuk dunia.

Hukum memakai purdah & memakai purdah dalam zaman sekarang

Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.
Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.

Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.
Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.
Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.

Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.

Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.
Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.

Hukum Memakai Hijab


A. Rasulullah saw. bersabda yang artinya, " Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak-lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak punuk onta. Mereka itu tidak masuk surga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau surga itu bisa tercium dari jarak sekian dan sekian." (HR Muslim). Aurat wanita yang tidak boleh terlihat di hadapan laki-laki lain (selain suami dan mahramnya) adalah seluruh anggota badannya kecuali wajah dan telapak tangan.



Hal ini berdasarkan dalil sebagai berikut.

a. Alquran surah An-Nur ayat 31

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: ’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkkan khumurnya (hijab) ke dadanya...."



Ayat ini menegaskan empat hal:

1. Perintah untuk menahan pandangan dari yang diharamkan oleh Allah.
2. Perintah untuk menjaga kemaluan dari perbuatan yang haram.
3. Larangan untuk menampakkan perhiasan kecuali yang biasa tampak.


Para ulama mengatakan bahwa ayat ini juga menunjukkan akan haramnya menampakkan anggota badan tempat perhiasan tersebut. Sebab, jika perhiasannya saja dilarang untuk ditampakkan apalagi tempat perhiasan itu berada. Sekarang marilah kita perhatikan penafsiran para sahabat dan ulama terhadap kalimat “kecuali yang biasa nampak” dalam ayat tersebut.

Menurut Ibnu Umar r.a. yang biasa nampak adalah wajah dan telapak tangan. Begitu pula menurut ‘Atha, Imam Auzai, dan Ibnu Abbas r.a. Hanya saja, beliau (Ibnu Abbas) menambahkan cincin dalam golongan ini. Ibnu Mas’ud r.a. mengatakan maksud kata tersebut adalah pakaian dan jilbab. Said bin Jubair r.a. mengatakan maksudnya adalah pakaian dan wajah. Dari penafsiran para sahabat dan para ulama ini jelaslah bahwa yang boleh tampak dari tubuh seorang wanita adalah wajah dan kedua telapak tangan. Selebihnya hanyalah pakaian luarnya saja.

4. Perintah untuk menutupkan khumur ke dada. Khumur adalah bentuk jamak dari khimar yang berarti kain penutup kepala. Atau, dalam bahasa kita disebut hijab. Ini menunjukkan bahwa kepala dan dada adalah juga termasuk aurat yang harus ditutup. Berarti tidak cukup hanya dengan menutupkan hijab pada kepala saja dan ujungnya diikatkan ke belakang. Tetapi, ujung jilbab tersebut harus dibiarkan terjuntai menutupi dada.


b. Hadis riwayat Aisyah r.a.

bahwasanya Asma binti Abu Bakar masuk menjumpai Rasulullah dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata, "Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil balig) maka tidak ada yang layak terlihat kecuali ini," sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR Abu Daud dan Baihaqi).



Hadis ini menunjukkan dua hal:
1. Kewajiban menutup seluruh tubuh wanita kecuali wajah dan telapak tangan.
2. Pakaian yang tipis tidak memenuhi syarat untuk menutup aurat.


Dari kedua dalil di atas, jelaslah batasan aurat bagi wanita, yaitu seluruh tubuh kecuali wajah dan dua telapak tangan. Dari dalil tersebut pula kita memahami bahwa menutup aurat adalah wajib. Berarti jika dilaksanakan akan menghasilkan pahala dan jika tidak dilakukan maka akan menuai dosa.



Kewajiban menutup aurat ini tidak hanya berlaku pada saat salat saja atau ketika hadir dipengajian, namun juga pada semua tempat yang memungkinkan ada laki-laki lain bisa melihatnya. Selain kedua dalil di atas masih ada dalil-dalil lain yang menegaskan akan kewajiban menutup aurat ini: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu melakukan tabarruj sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahiliah dahulu...." (Al-Ahzab: 33).



Tabarruj adalah perilaku mengumbar aurat atau tidak menutup bagian tubuh yang wajib untuk ditutup. Fenomena mengumbar aurat ini adalah perilaku jahiliah. Konteks ayat di atas ditujukan untuk istri-istri Rasulullah. Namun, keumuman ayat ini mencakup seluruh wanita muslimah.



Kaidah ilmu ushul fiqh mengatakan, "Yang dijadikan pedoman adalah keumuman lafaz sebuah dalil dan bukan kekhususan, sebab munculnya dalil tersebut (al ibratu bi umumil lafdzi la bikhususis sabab)." "Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang-orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.' Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh karenanya mereka tidak diganggu.



Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59). Jilbab dalam bahasa Arab berarti pakaian yang menutupi seluruh tubuh (pakaian kurung), bukan berarti jilbab dalam bahasa kita (lihat arti kata khimar di atas). Ayat ini menjelaskan pada kita bahwa menutup seluruh tubuh adalah kewajiban setiap mukminah dan merupakan tanda keimanan mereka. Syarat-Syarat Pakaian Penutup Aurat Wanita



Pada dasarnya seluruh bahan, model, dan bentuk pakaian boleh dipakai, asalkan memenuhi syarat-syarat berikut.

1. Menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan.

2. Tidak tipis dan transparan.

3. Longgar dan tidak memperlihatkan lekuk-lekuk dan bentuk tubuh (tidak ketat).

4. Bukan pakaian laki-laki atau menyerupai pakaian laki-laki.

5. Tidak berwarna dan bermotif terlalu menyolok. Sebab, pakaian yang menyolok akan mengundang perhatian laki-laki. Dengan alasan ini pula, maka membunyikan (menggemerincingkan) perhiasan yang dipakai tidak diperbolehkan walaupun itu tersembunyi di balik pakaian.

B. Adapun masalah hijab atau batasan pergaulan laki-laki dan wanita yang bukan mahram, maka tidak boleh atau haram bersentuhan, berdua-duaan atau khalwat, haram saling pandang-pandangan, kecuali untuk khitbah atau melamar, haram berbincang-bincang yang mengundang syahwat, kecuali masalah belajar atau taklim atau muamalah. Sekian, wallahu a'lam.
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْراً أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالاً مُّبِيناً

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (33:36)
دعاء سلامة
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والعقية للمتقين والصلاة ةالسلام على خاتم الانبياءوالمرسلين وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
اللهم صل على سيدنا محمد توسع عليه الارزق وتحسن به الاخلاق برحمتك يا اكرم الاكرمين
اللهم انت السلام ومنك السلام واليك يعود السلام فحينا ربنا بالسلام وادخلنا الجنة دارالسلام تباركت عليك يا الله ياحي القيوم
برحمتك نستغيث
لااله الا الله الملك الحق المبين  لااله الا الله وحده  لااله الاالله العظيم 
اللهم انت ربي لا اله الا انت عليك توكلت وانت رب العرش العظيم مشا الله كان ومن لم يشاء لم يكن لاحولاول قوة الا بالله العلى العظيم
*دايكوتي دغن دعاء سلامت بياس*
والله الغني وانتم الفقراء اللهم احسن عاقبتن فى الامور كلها واجرنا من خزي الدنيا وعذاب الاخرة
  اللهم انا نسئلك في هذا المجلس وبركاته اوله واخره وخير ما بعده وتعوذبك من سره وافاته اوله وخيرما بعده
HAKIKAT KEMATIAN
Allah Subhanahu Wa Taala ada menyatakan di dalam Al Quran:
كل نفس ذائقة الموت وانما توفون اجوركم يوم القيمة فمن زحزح عن النار وادخل الجنة فقدفاز ومالحيوة الدنيا متع الغرور
Dalam ayat ani Allah Subhanahu Wa Taala menerangkan bahawa sesungguhnya setiap sesuatu benda/perkara dan sebagainya yang ada/hidup di dunia ani pastikan akan merasai kematian/kebinasaan.
Hakikatnya,berapa ramaikah kitani yang menyedari tentang perkara ani sehinggakan ada masanya kitani lalai dan leka dengan kehidupan dunia yang hanya bersifat sementara ani.
Kenapa masyarakat melayu kitani sering beranggapan bahawa mati atu hanya apabila umur tua?sedangkan ajal maut ditangan tuhan yang mana Allah berhak mengambil nyawa sesiapa sahaja yang dikehendakinya dalam masa yang singkat.
Kalau pada kebiasaan nya kitani menghadiri pengkebumian jenazah saudara mara atau sahabat handai atau yang terdiri dari keluarga kitani sendiri adakah kitani akan menumpukan perhatian terhadap talqin yang di bacakan oleh orang yang di pertanggung jawabkan??
"Ketahuilah oleh mu wahai hamba Allah sesungguhnya mati itu benar, kebangkitan semula dari kubur itu benar....."
Sebenarnya kalau kitani duduk dan  mendengar dengan teliti akan talqin yang di bacakan atu memberikan kesedaran kepada diri kitani. Bukan bermaksud talqin atu dibacakan untuk urg yang sudah mati tetapi urg yang menghadirkan diri pada masa atu..
Insaflah wahai sahabat!wahai rakan!wahai saudara yang pastinya kematian atu hakikatnya pasti akan terjadi pada diri kitani...bila????mungkin esok,mungkin lusa dan yang paling dekat selepas kitani selesai membaca artikel ani...
Allahu A'alam Bissowab.
Manusia telah diciptakan oleh tuhan Yang Maha Agung/Esa/Kuasa yang antara lain dikenali dengan Allah Subhanahu Wa Taala. Kerana perkataan Allah atu sendiri banyak disebutkan didalam Al-Quran Al-Karim yang mana kalau nda salah lebih dari 2269 kali disebutkan.

Allah Subahanahu Wa Taala atu mempunyai sifat-sifat wajib,mustahil dan harus yang mana perlu kitani ketahui bahawa sifat wajib bagi Allah atu ada 20 begitu jua sifat mustahil bagi Allah ada 20 and seterusnya sifat harus bagi Allah hanya ada satu yang mana secara keseluruhannya berjumlah 41 sifat yang wajib kitani beriman kepada nya.

Dalam sifat wajib Allah Taala ani, terdapat beberapa bahagian sifat lagi iaitu:

  • Sifat Nafsiah = 1 sifat sahaja iaitu wujud
  • Sifat Salbiah =5 sifat iaitu Qidam,Baqa' ,Mukhalafatuhu lil hawadith,Qiyamuhu Binafsih,Wahdaniah
  • Sifat Ma'ani = 7 sifat iaitu Qudrah,Irodah,Ilm',Hayyah,Sama',Basor & Kalam.
  • Sifat Ma'nawiyah = Kaunuhu Qadiron,Muridan,Aaliman,Hayyan,Samiian,Basiran,Mutakalliman.
Begitulah serba sedikit dan ringkasan mengenai dengan sifat2 Allah insya Allah akan di sambung di post yang akan datang.
Allahu a'alam bissowab.

Kesabaran..

Alhamdulillah,hari ani selasai udah peperiksaan ku untuk julung2 kalinya 2 kali dalam sehari..
Tapi bukan bermakna exam ku habis terus,ndalah ada lagi baki 2 subjek..
Sebenarnya aku rasa terlalu stress hari ani namun ku cuba tapuki untuk mengelak dari berlaku nya salah faham..
Kiranya bawa bersabar lah tu ah..and what i noticed bout it..bila ku bawa bersabar atu Alhamdulillah every single thing berjalan dengan lancar..Ani mengingat kan ku kembali kearah firman Allah:
ان الله مع الصبرين
yang kurang labih maksudnya Allah atu sentiasa bersama org2 yang sabar...
Atulah hikmah disebalik kesabaran  seorang hamba kepada penciptanya....Allahu a'alam bissowab...

Isnin, 29 November 2010

Pembukaan Blog

Salam..
Tujuan ku membuat blog ani bukan plang apa..saja buang boring...ahahaha plus is the time for me to share ilmu2 yang ada..bilatah jua lagi kan kalau nda dishare...so anyway,jgn malu2 kan menomen keh...lol