Khamis, 2 Disember 2010

Istighfar dan Taubat



Jikalau dilihat dari segi zahirnya,kedua-dua istilah ini mempunyai makna yang berbeza. Akan tetapi pada hakikatnya adalah sama. Kerana tanpa kita beristighfar,maka tidak akan berlakunya taubat dan tanpa bertaubat kita tidak akan melafazkan kata-kata istighfar.

Makna bagi keduanya itu ialah memohon ampun kepada Allah Taala dan berjanji untuk tidak melakukan kesilapan dan kesalahan itu lagi.Rasulullah merupakan seorang pemimpin dan rasul yang agung yang mana Allah taala telah menjanjikan syurga baginya. Pun begitu,baginda masih lagi memohon ampun dan bertaubat kepada Allah Taala bedasarkan sebuah hadith:


وعن ابى هريرة رضى الله عنه: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: والله اني لأستفر الله واتوب اليه أكثر من سبعين مرة. (رواه البخاري)


Mafhumnya:
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anh berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam bersabda: "Demi Allah, sesungguhnya aku memohonkan pengampunan kepada Allah serta bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari 70 kali"

Dari hadith di atas jelaslah menunjukkan keperibadian Rasulullah yang mulia.Baginda mengajarkan kepada umatnya untuk sentiasa beristighfar dan memohon taubat kepada Allah Taala. Dalam hadith yang lain pulak, ada riwayat yang mengatakan bahawa baginda memohon ampun dan bertaubat kepada Allah Taala lebih dari 100 kali sehari.

Dari itu,sebaik hamba Allah Taala yang mu'min,seharusnya kita sentiasa memohon ampun kepada Allah Taala dan beristighfar selalu kepadanya kerana manusia akan sering bahkan kerap kali melakukan kesilapan. Istighfar yang dimaksudkan disini ialah bukan setakat dilafaz di mult sahaja bahkan istighfar tersebut tersemat dihati agar menjadi bersih dan suci dari sebarang kekotoran.

Allahu A'alam Bissowab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan