Rabu, 19 Januari 2011

Solat Sunat Tasbih

Solat Sunat Tasbih
Solat sunat tasbih adalah solat sebagaimana  yang  telah diajarkan Nabi saw kepada bapa saudaranya iaitu Saidina Abbas ibnu Abdul Mutalib. Baginda menganjurkan kepada mereka yang hendak melakukan solat tasbih ini, jika mampu lakukanlah setiap malam, jika tidak mampu sekali seminggu, sekali sebulan ,sekali setahun, setidak-tidaknya sekali seumur hidup.
Ia dinamakan solat tasbih kerana didalam solat ini dibaca sebanyak 300 tasbih iaitu 75 kali setiap satu rakaat.
Cara-cara mengerjakan solat sunat Tasbih
Terdapat dua cara untuk mengerjakan solat Tasbih ini
 1.  Empat rakaat satu salam
Kalau dikerjakan pada siang hari solat sunat Tasbih ini hendaklah dikerjakan empat rakaat satu malam.

 2.  Empat rakaat dua salam
Kalau dikerjakan pada malam hari, maka hendaklah ia dikerjakan sebanyak empat rakaat dua salam.

 Cara-cara melaksanakannya

 Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih

Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih
Bacaan tasbih itu ialah :
 سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
Allah Maha Besar"


Jadi jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah semuanya 300 tasbih
 

Niat Solat Tasbih
أصَلِّي سُنَّةَ التَسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala
Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah
1. Rakaat pertama : Surah at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas


Kelebihan Solat Sunat Tasbih
Berdasarkan hadis rasullulah saw yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas ra solat sunat tasbih ini dapat menghapuskan sepuluh macam dosa bertepatan dengan tempat membaca tasbih disetiap rakaat solat tasbih ini :

  1. Dosa yang awal
  2. Dosa yang akhir
  3. Dosa yang lama
  4. Dosa yang baru
  5. Dosa yang tidak sengaja
  6. Dosa yang sengaja
  7. Dosa yang kecil
  8. Dosa yang besar
  9. Dosa yang tersembunyi
  10. Dosa yang terang-terangan

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan