Selasa, 21 Disember 2010

Penyelewengan Akidah


PENYELEWENGAN HADIS PALSU BERKAITAN AKIDAH

Hadis palsu dan Dhaif juga merupakan penyebab kepada penyelewengan akidah Islam. Gerakan mereka hadis palsu dan dhaif ini berleluasa pada zaman Saidina Umar r.a. bermula dengan masalah politik. Gerakan ini dimulai oleh golongan zindiq, mulhid, munafik, yahudi dan Majusi yang cemburukan perkembangan Islam.

Kepincangan politik antara Saidina Ali dan Muawiyah menambahkan lagi penciptaan hadis palsu. Ini dibuktikan oleh kata Ibn al-Hadid: Penciptaan hadis palsu bermula oleh golongan syiah. Golongan Rafidah Syiah pula menciptakan hadis palsu yang banyak menyifatkan kelebihan saidina Ali dan Ahlul Bait. Kemudian kegiatan penciptaan hadis palsu ini tersebar dan menular dalam bidang lain selain politik. Antaranya aspek akidah dan ibadat.

Menurut Imam Malik, daripada 100 000 hadis yang dikumpulkanya, hanya 10 000 yang dianggap sahih manakala Imam Bukhari hanya menyifatkan 4000 sahaja hadis sahih daripada 600 000 hadis yang diterima beliau.

Hadis palsu tentang persoalan akidah banyak berkisar tentang al-Quran makhluk, Kenabian, Imam Mahdi, Dajjal, Malaikat dan lain-lain.

HADIS-HADIS PALSU TENTANG AKIDAH

1. Berkaitan al-Quran itu Makhluk
Pada zaman Abasiyyah, persoalan akidah semakin hangat diperbincangkan di kalangan umat Islam antaranya masalah al-Quran itu Makhluk. Khalifah Abasiyyah pada waktu itu lebih cenderung kepada pendapat al-Quran sebagai makhluk manakala terdapat ulama seperti Imam Ahmad mengatakan al-Quran itu Qadim. Isu ini mengundang penciptaan hadis palsu berikut:

من قال القرءان مخلوق فقد كفر
Maksudnya: Sesiapa yang mengatakan al-Quran itu makhluk maka dia menjadi kafir.

2. Berkaitan Tajsim Allah
Pada zaman Muawiyyah, muncul golongan zindiq dan Mujassimah, iaitu golongan yang cuba menganggap Allah itu berjisim seperti manusia, mempunyai tangan, mata, kaki, telinga dan boleh menjelma dalam rupa manusia. Golongan yang berfahaman batil ini telah mencipta hadis-hadis palsu antaranya:

إن حجر الأسود يدالله اليمنى
Bermaksud: Hajarul Aswad ini tangan kanan Allah supaya manusia boleh berjabat denganNya.

3. Berkaitan penjelmaan Allah ke dalam Saidina Ali dan Imam-imam Syiah.

Golongan syiah telah mencipta beberapa hadis palsu yang bertentangan dengan akidah Islam dengan mengkhabarkan Allah telah meresap ke dalam Saidina Ali dan Imam-imam Syiah lantas mereka dianggap sebagai tuhan. Justeru, manusia mestilah mentaati Saidina Ali dan Imam-imam melebihi yang lain. Contoh hadis palsu dalam hal ini ialah kata Abdullah bin Saba’:

Sesungguhnya Saidina Ali merupakan jelmaan zat Allah.

4. Hadis berkaitan Nur Muhammad
Sebahagian golongan Majusi atau Zoroaster yang cemburukan perkembangan Islam telah mereka hadis berkaitan Nur Allah dan Nur Muhammad yang berkaitan dari ajaran mereka tentang dua tuhan. Kononnya Allah mencipta Nur Muhammad kemudian Nur Muhammad bertelingkah dengan Nur Allah lantas Nur Muhammad ini tewas dan diperintah menjadi alam.Antaranya hadis:

أول ما خلق الله نور نبيك
Maksud: Awal-awal ciptaan Allah ialah Nur nabi kamu.

5.  Hadis berkaitan Malaikat
Terdapat kisah yang menceritakan kerakusan malaikat dan ianya melanggar etika malaikat yang disifatkan oleh Allah sebagai sentiasa mematuhi arahan Allah dan tidak bernafsu. Hadis tersebut berkaitan malaikat Harut dan Marut yang menjelma sebagai manusia. Lantas kedua-dua mereka berebutkan seorang gadis cantik sehingga sanggup meminum arak dan membunuh manusia lain.

6. Hadis berunsurkan dongengan dan karut
Terdapat hadis yang dicipta oleh golongan Yahudi bertujuan untuk menyesatkan umat Islam dengan kisah-kisah dongeng dan karut. Antaranya kisah kapal nabi Noh yang bernyawa dan bergerak seperti dalam hadis berikut:

Sesungguhnya kapal nabi Nuh melakukan tawaf di Kaabah 7 kali kemudian bersembahyang dua rakaat di belakang maqam nabi Ibrahim.


GOLONGAN ANTI HADIS
KEMUNCULAN FITNAH, GOLONGAN FASIK DAN MUNAFIK KINI  SERTA KAITANNYA DENGAN HADIS

Kemunculan golongan fasik, munafik serta fitnah yang berlaku akhir-akhir ini antaranya berpunca dengan penolakan hadis sebagai sumber perundangan hukum Islam. Sebahagian mereka juga mula meragui dengan sebahagian hadis walaupun menerima sebahagian yang lain. Pemikiran ini dikembangkan oleh golongan orientalis dan anti hadis yang pernah muncul suatu masa dahulu dan meninggalkan parut hitam yang masih berbisa terhadap kepercayaan umat Islam terhadap hadis.

SEBAB2 KEMUNCULAH FITNAH DAN FASIK YANG BERKAIT DENGAN HADIS
1. Menganggap hadis bukan dari nabi saw tetapi daripada pendapat sahabat dan orang2 Islam awal. Mereka menyangka bahwa hadis2 mempunyai jumlah yang amat banyak sehingga mencapai ratusan ribu yang mustahil nabi saw menuturkannya. Justeru keraguan ini menyebabkan mereka terus meninggalkan hadis2 nabi lantas berlaku fitnah dan amalan fasik berleluasa. Dalil mereka: Imam Bukhari telah menapis sebanyak 600,000 buah hadis2 nabi.

2. Mengganggap al-Quran sudah cukup untuk dipatuhi oleh umat Islam tanpa hadis.  Bagi mereka al-quran dianggap penerang bagi ajaran Islam yang sempurna sedangkan hadis tidak sempurna seperti al-Quran. Al-Quran mempunyai nilai peraturan dan ilmiah yang berbeza dengan hadis justeru golongan ini hanya akan mematuhi al-Quran manakala suruhan daripada hadis ditinggalkan. Ini akan menyebabkan fitnah dan huru-hara berlaku dengan pesat. Contohnya perintah solat dalam al-Quran dikaitkan dengan mengingati Allah tanpa perlu melakukan perbuatan solat.

3. Menganggap hadis2 nabi mempunyai percanggahan sesama hadis sendiri menyebabkan golongan ini mula meragui hadis dan meninggalkannya. Sebahagian hadis mempunyai matan yang bercanggah antara satu sama lain dan ini mempunyai unsur2 penyelewengan dan penipuan dalam hadis.Contohnya hadis Sebaik2 amalan, mempunyai banyak perkara sehingga mengkaburkan apakah sebenar sebaik2 amalan.

4. Menganggap hadis2 nabi bercanggah dengan sains dan penemuan moden. Sebahagian hadis nabi menurut golongan ini bercanggah dengan hasil kajian eksperimen termasuk hadis sahih. Mereka berpandukan hadis Imam Bukhari tentang sayap lalat kanan mempunyai penawar manakala sayap kirinya racun.

5. Menganggap nabi saw sendiri mempunyai banyak kecelaan lantas hadis2 baginda tidak dipatuhi. Antara isu disebab penolakan hadis masa kini ialah tidak memberi setia kepada nabi kerana bagi golongan ini anggap nabi melakukan perkara2 yang jelik. Mereka bersandarkan nabi yang kahwin ramai, berkahwin dengan perempuan yang masih kecil dan sebagainya. Penolakan hadis nabi mencetuskan budaya fasik dan munafik yang semakin menular dalam masyarakat kini.

JAWAPAN TERHADAP TANGGAPAN NEGATIF TERHADAP HADIS

1. Hadis2 nabi adalah daripda nabi saw sendiri walaupun jumlahnya dikatakan amat banyak tidak munasabah dengan tempoh masa nabi saw. Ini kerana kebanyakan hadis nabi berulang-ulang disampaikan oleh sahabat dan tabiin dengan bahasa yang berbeza menyebabkan ianya kelihatan banyak. Tambahan pula jumlah ratusan ribu hadis nabi adalah salah kerana sebahagiannya adalah hadis daif dan mauduk yang ditolak.

2. Al-Quran tidak cukup untuk menerangkan perundangan Islam secara keseluruhan. Ini kerana banyak nas2 al-quran terbatas, terlalu ringkas yang memerlukan kepada hadis sebagai jawapan tersebut. Sbg contoh perintah solat tidak dinyatakan dalam quran cara2 bersolat melainkan hadis sahaja. Demikian juga berbagai2 hukum yang lain.

3.  Hadis2 nabi tidak bercanggah sesama sendiri walupun pada zahirnya dilihat berbeza. Cthnya hadis nabi sebaik2 amalan ialah solat diawal waktu, pada satu masa lain, nabi berkata: sebaik2 amalan ialah berjihad. Konteks berbeza ini bukanlah menunjukkan penipuan tetapi uslub dan psikologi dakwah nabi  yang mengikut suasana keadaan masyarakat sesuatu kawasan. Sebahagian umat islam rajin berjihad tetapi malas solat di awal waktu, lantas nabi pun berdakwah secara psikologi dengan sebaik2 amalan ialah solat di awal waktu.

4. Hadis2 nabi tidak bercanggah dengan sains dan realiti moden. Ini kerana sebahagian hadis2 nabi mempunyai maksud perumpamaan disamping hasil eksperimen berkaitan hadis tidak mematuhi syarat2 sebaiknya. Hadis sayap lalat tidak boleh dijadikan ukuran kerana maksud perumpamaan hadis ialah setiap benda yang kotor kadang2 mempunyai kebaikan dan ubat. Demikian juga kajian eksperimen terhadap hadis sayap lalat perlu lebih telus dengan meneliti jenis spesis lalat yang telah disebutkan nabi.

5. Perbuatan nabi saw tidak boleh dianggap cela kerana setiap amalan nabi adalah dengan perintah Allah dan bukan menurut nafsunya. Perkahwinan nabi dengan Aisyah walaupun sesetengah pihak melihatnya melampau tetapi sebenarnya adalah pendidikan nabi terhadap seorang wanita sehingga Siti Aisyah apabila usia remaja sudah pun memimpin umat Islam dalam masalah ilmu dan kepimpinan. Demikian juga perkahwinan nabi yang melebihi 4 orang bertujuan mendamaikan qabilah arab yang selalu bertelagah di samping mempunyai unsur dakwah halus.



p/s: tajuk ini menjadi jawapan bagi soalan tuduhan antihadis dan sanggahan terhadapnya.

PENYELEWENGAN BATINIAH
PENGERTIAN BATINIAH
Batinah berasal daripada perkataan al-Batin, iaitu dalaman atau lawan kepada zahir atau luaran. Kontekslain, Batiniah ialah mereka atau orang yang menganggap bahawa setiap yang lahir atau zahir itu mempunyai dalamannya atau isinya dan setiap wahyu itu pula ada  takwilnya. istilah Batiniah dikenali dalam Tasawuf, yang mana ilmu yang membahaskan tentang perkara batin. Iaitu mengajar dan mendidik seseorang itu memperbaiki batin atau hatinya.
SEJARAH KEMUNCULAN AJARAN BATINIAH
Fahaman Batiniah ini menurut sejarahnya diasaskan dan dipelopori oleh golongan agama Parsi atau agama Majusi yang merasa iri hati dengan tersebarnya ajaran Islam dan pengaruh Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad dan orang-orang Islam selepasnya yang merebak ke seluruh pelusuk negeri dan negara. Antara lain pengikut dan penyebar mereka yang berkecimpung secara meluas dan majoritinya penyebar ajaran dan fahaman Batiniah ini terdiri daripada pendokong dan pengikut fahaman Syiah yang juga merebak secara meluas di Iran.
Apa yang jelas dan dapat dikesan, gerakan dan fahaman Batiniah mengikut sejarahnya bermula pada masa atau dalam zaman pemerintahan keraj aan Abbasiyah yang bermula pada masa pemerintahan al-Ma'mun. Se­terusnya gerakan dan fahaman Batiniah itu terus menular dan merebak dalam masa pemerintahan al-Mu'tasim yang dipelopori oleh orang Majusi yang mana pada awalnya mereka mengambil pengaruh daripada pemikiran Falsafah.
Ajaran batiniah ini seterusnya dikembangkan lagi oleh kemunculan Aliran Bahai iaitu Mirza Ghulam Ahmad pada awal kurun 19 dimana beliau mengajak kepada konsep kepecayaan ilmu-ilmu rahsia dan penafsiran al-Quran secara rahsia daripada beliau. Ajaran ini juga menndapat pengaruh daripada golongan Yahudi Rusia yang pernah menjadi duta di negara Iran.

CONTOH PENAFSIRAN AL-QURAN OLEH BATINIAH

1. Sebagaimana tafsiran mereka terhadap firman Allah:
ôMtBÌhãm ãNä3øn=tæ èptGøŠyJø9$# ãP¤$!$#ur ãNøtm:ur ÍƒÌYσø:$#
Kami dan kamu tidak boleh makan daging sem­belihan hinggalah binatang itu mati. Antara lain, kita juga tidak boleh makan ikan sehingga ikan itu mati. Untuk itu, batinnya ini bererti sesudah nabi Muhammad wafat, maka tidak boleh lagi ditegakkkan syariatnya. Kita hanya mesti patuh kepada perintah guru kita sahaja, kerana ia adalah Hujah Allah.

2. Mereka menganggap solat dilakukan solat dan zakat hanya dilakukan setahun sekali sahaja berdasarkan ayat:
(#qßJŠÏ%r&ur no4qn=¢Á9$# (#qè?#uäur no4qx.¨9$# (#qãèx.ö$#ur yìtB tûüÏèÏ.º§9$# ÇÍÌÈ


3. Mereka menafsirkan pengharaman arak dan judi hanya berlaku kepada Saidina Abu Bakar dan Umar sahaja tidak pada semua muslim berdasarkan ayat:
(#qè=à2ur (#qç/uŽõ°$#ur Ÿwur (#þqèùÎŽô£è@ 4

4. Mereka menafsirkan berpuasa itu ialah menahan rahsia guru dan menyembunyikan ajaran batin tersebut, bukannya menahan lapar dan dahaga pada firman Allah:
4 `yJsù yÍky­ ãNä3YÏB tök¤9$# çmôJÝÁuŠù=sù (

5. Mereka juga mentakwilkan ayat larangan zina sebagai larangan membocorkan rahsia kepada orang lain yang belum mengangkat sumpah mengikuti ajaran batin.

JAWAPAN KEPADA PENYELEWENGAN AJARAN
BATINIAH

1. Segala ilmu yang mereka terima yang dibawa oleh Imam yang maksum sahaja, sedangkan daripadaselain daripada imam yang maksum itu tidak diterima oleh mereka dan mereka menolaknya. Hal ini ber­tentangan dalam Islam, kerana Islam itu mengajak semua orang Islam supaya menyeru untuk kebaikandan mencegah kemungkaran. Fahaman begitu juga salah di mana tidak ada sesiapa yang maksum atau semua manusia itu bersalah dan melakukan kesalahan, kecuali nabi dan para rasul sahaja.

2. Menurut fahaman Batinah, akal manusia sama sekali tidak dapat menyampaikan kepada kebenaran. Ini juga bertentangan dengan ajaran Islam, di mana Islam menerima akal sebagai wasilah untukmencapai kebenaran, cuma akal tidak boleh mencapai hakikat kebenaran sepenuhnya. Untuk itu, akal hendaklah dibantu oleh pancaindera dan wahyu daripada Allah serta ajaran yang dibawa oleh Rasul. al-Qur'an banyak mengajak manusia menggunakan akal supaya memikirkan kejadian dan untuk pengu­kuhan akidah.
3. Antara lain, fahaman Batiniah mengatakan Imam sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalahdan menunjukkan kebenaran. Ini adalah salah, kerana Allah dan As-Sunnah dapat menyelesaikan masalah umat manusia. Sekiranya manusia tidak mengiktiraf al-Quran dan Sunnah, sudah tentu mereka akan bertelingkah dan boleh membawa kepada huru-hara.
4. Konsep penafsiran al-Quran batin merupakan salah satu cara penafsiran yang salah bertentangan dengan Jumhur ulama. Penafsiran al-Quran memerlukan kepada syarat-syarat yang berbagai yang tidak mungkin didapati oleh kebanyakan orang. Justeru, imam-imam golongan batiniah perlu diteliti untuk dikaji autoritinya di dalam mentafsirkan al_Quran.

ISRAILIYYAT - Pengenalan Ringkas Mengenainya...

PENGERTIAN ISRAILIYYAT

Israiliyyat sebagaimana yang dinyatakan oleh Doktor Muhammad Husin az-Zahabi rahimahullah:
lafaz Israiliyyaat- pada zahir adalah lafaz yang jama’(plural), lafaz mufradnya (single) Israiliyyah.
Ia adalah kisah atau peristiwa yang dinukilkan dari sumber Israiliyyi dinisbahkan kepada Israiliyyat iaitu Nabi Ya’qub bin Ishak bin Ibrahim. Kepadanyalah dinisbahkan bangsa Yahudi, lalu dikatakan “ Bani Israil” Firman Allah :
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ
Maksudnya : Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam . Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas.
( Surah al-Maidah : 78 )

Disebutkan juga dalam surah Al-Isra’ ayat 4 :

وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا
Maksudnya : Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam kitab itu. Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali,dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.

Juga disebutkan dalam surah An-Naml :
إِنَّ هَذَا الْقُرْآَنَ يَقُصُّ عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَكْثَرَ الَّذِي هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya Al-Quran itu telah menjelaskan kepada Bani Israil sebahagian besar daripada perkara-perkara yang mereka berselisih tentangnya.
( Surah an-Naml : 76 )

Menurut Doktor Zahabi ulamak tafsir dan hadis telah memperluaskan pengertian Israiliyyat daripada hanya berkisar tentang cerita yang bersumberkan Yahudi kepada apa jua yang dianggap tidak berasas samada ia berbentuk dongeng dahulu kala ( sebahagian ulamak melabelkannya الدّخيل ) yang boleh jadi asalnya adalah dari sumber Yahudi atau Nasrani atau sumber-sumber lain. Oleh kerana kebanyakan cerita yang diterima bersumberkan sumber Yahudi, maka lafaz Israiliyyat lebih sesuai digunakan.

PERKEMBANGAN RINGKAS SEJARAH ISRAILIYYAT

Perkembangan pada zaman sahabat .Menurut sejarah, orang-orang Yahudi telah pun menetap bersama dengan orang-orang Arab sejak zaman sebelum Islam. Mereka memiliki ilmu pengetahuan yang diambil dari ajaran Kitab Taurat dan buku-buku Agama mereka yang lain. Orang-orang Arab sering kali bertanya orang-orang Yahudi tentang perkara-perkara yang berhubung sejarah lama berkenaan tokoh, peristiwa dan cerita tertentu.

Sebahagian sahabat nabi seperti Abu Hurairah dan Ibnu ‘Abbas r.a ada bertanya ahli kitab Yahudi yang memeluk Islam tentang beberapa perincian cerita terdahulu . Tetapi pertanyaan mereka adalah terhad kepada aspek-aspek tertentu, tidak termasuk persoalan akidah. Mereka melakukan demikian kerana mereka faham keharusan yang diberikan nabi SAW dalam meriwayatkan cerita Israiliyyat.

Perkembangan pada zaman tabiin. Di zaman tabi’in, proses periwayatan Israiliyyat menjadi lebih aktif disebabkan kecenderungan masyarakat mendengar cerita-cerita yang agak luar biasa.

Perkembangan pada zaman tabi’ tabiin. Apabila datangnya tabi’ tabi’iin periwayatan menjadi lebih serius dengan munculnya golongan “ القصّاص”(al-Qassas) iaitu penyampai cerita yang tidak bertanggungjawab.Era pembukuan karya Islam kemudiannya menyaksikan bagaimana tafsir al-Quran termuat dicelah-celah tajuk kitab-kitab hadis sebelum ia terpisah dan dapat menentukan kedudukannya sendiri.Pada peringkat awalnya, tafsir al-Quran dipersembahkan dengan lengkap bersanad kemudiannya sanad-sanad yang menghiasi matan-matan riwayat dibuang dengan tujuan untuk meringkaskan dan meringankan saiz kitab-kitab tafsir yang penuh sarat dengan muatan rangkaian perawi itu.

Justeru terbuangnya sanad, maka riwayat-riwayat tafsir mula menempuh keadaan yang amat sukar dan bermasalah di mana tidak dapat dipastikan lagi riwayat yang boleh diterima dan riwayat yang tidak boleh diterima. Dari timbunan riwayat inilah terdapat Israiliyyaat yang akhirnya melengkapi sebahagian besar tafsiran ayat-ayat al-Quran. Ini berlaku bukan sahaja kepada kitab-kitab Tafsir Bil Ma’tsur bahkan menular kepada kitab-kitab Tafsir Birra’yi dengan kadar yang berbeza.

PEMBAHAGIAN ISRAILI
PENYELEWENGAN DALAM TASAUF

PENGERTIAN TASAWWUF

Tasawuf berasal daripada perkataan Ahli al-Suffah (yang ada pada zaman nabi. Pendapat lain, ia adalah berasal daripada perkataan al-Safa' yang bermaksud bersih atau suci.Pendapat lain mengatakan ia berasal daripada per­kataan Sofia. Iaitu bahasa Greek yang bererti hikmat atau kebijaksanaan.Pendapat lain, ia berasal daripada perkataan Suf . iaitu pakaian bulu yang murah.
Sudut Istilah ialah ilmu yang membahaskan cara mencari jalan untuk menuju kesempurnaan dalam mencintai Allah dan memperoleh rohani yang bersih hanya kepada Allah. Manakala Tasauf Falsafi pula ialah cara membersihkan diri dengan beberapa kaedah yang banyak bersumberkan akal, pemikiran falsafah asing dan ajaran-ajaran agama kuno.

SEJARAH KEMUNCULAN TASAUF DAN SUFI

Semenjak  zaman nabi telah ada sesetengah sahabat yang hidup dalam keadaan sederhana dan zuhud dan antara mereka ialah golongan yang bergelar ahli al-Suffah. Mereka itu'hidup secara ber­ibadat dan zuhud di sebelah masjid Nabawi. contohnya: Abdullah bin al-Makhzumi, Abu Zarr al-Ghifari, Salman al-Farisi serta Huzaifah al-Yamani. Lantas muncullah golongan yang disebut sufi. Selain para sahabat, terdapat juga kalangan tabi'in yang hidup seperti itu seperti Hasan al-Basri dan Ibnu Sirrin.

Bermula abad ke-2 Hijrah mulai timbul golongan yang dikenali dengan sufi atau mutasawwifahmaka lahirlah beberapa golongan Islam mengadakan kumpulan untuk hidup dalam serba sederhana dan redha, zuhud dan beribadat penuh kepada Allah, namun mereka juga masih tidak menyalahi syariat Islam.

Seterusnya aliran tasauf ini berkembang dengan pesat lagi apabila bertembung dengan budaya India dan Rom Neo-Platonisme yang pernah mengamalkan konsep zuhud dan penahanan nafsu seperti sebahagian sufi-sufi Islam. Lantaran itu, aliran sufi ini bercampur sehingga mencapai konsep yang sama seperti ajaran Hindu iaitu kesatuan tuhan. Seterusnya, ajaran taasauf ini berkembang sehingga ke satu tahap yang berbagai-bagai. Muncul aliran dan tarekat tasauf yang berkonsepkan menuju kepada taqarrub Allah.

PENYELEWENGAN TASAUF FALSAFI

1. Pemujaan guru atau syeikh yang keterlaluan. Sebahagian mereka mengatakan guru mereka sahaja yang sempurna dan mereka mengikutinya apa sahaj a yang disuruh dan dikatakan oleh guru dan pembawa Tarikat mereka. Untuk itu is adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran dan akidah yang benar.
2. Sebahagian aliran Tasauf falsafi menganggap Alam ini seperti satu kewujudan dengan Allah dan manusia merupakan tahap yang rendah dalam kesatuan wujud dengan Allah ini. Manusia boleh mencapai tahap kewujudan yang tinggi dengan Allah dengan amalan, zuhud dan zikir penyucian jiwa.

3. Zikir sehingga terbuka hijab dan kasyaf. Dalam keadaan lain juga ada ahli sufi yang beruzlah secara bersendirian dan di tempat tertentu. Akan terbuka hijab atau kasyaf apabila berzikir dan men­capai makam tertentu untuk menilai dan melihat alam ghaib.
4. Sebahagian aliran tasauf falsafi menganggap roh yang telah bersih dan suci mencapai tahap baqa bersama Allah dan fana ( hilang ) daripada pengaruh alam dan duniawi. Roh mereka bagaikan nur Allah dan Allah boleh berada di dalam roh orang tersebut.
5. Sebahagian aliran tasauf falsafi ini menganggap roh yang telah mencapai tahap kesempurnaan tidak perlu melakukan ibadat zahir kepada Allah seperti solat, puasa, sedekah dan sebagainya. Bagi mereka, jiwa yang mempunyai Nur Allah adalah manusia lengkap yang tidak memerlukan amalan zahir.
JAWAPAN KEPADA PENYELEWENGAN TASAUF FALSAFI
1. Sebahagian aliran tasauf dianggap salah daripada ajaran Iaslam sebenar. Hal tersebut kerana merekatidak menggunakan nas al-Qur'an yang jelas, begitu juga bukan semua hadis yang dijadikan sandaran oleh mereka itu adalah hadis sahih, malahan setengahnya kesahihan hadis yang dijadikan hujah masih seperti hadis:Sesiapa yang mengenal diri, maka dia akan mengenal tuhan, adalah bukan hadis tetapi kata ulama Yahya ibn Mu'az al-Razi.

2. Sebahagian ahli sufi itu menganggapkan bahawa erti al-Qur'an itu ada yang zahir dan batin. Apa yang batin itu amat mendalam tidak terkira dan tersembunyi. Dan boleh ditafsirkan oleh guru-guru tarekat mereka. Semua ini juga salah, kerana tidak semua orang boleh mentafsir ayat al-Qur'an atau Hadis, ia perlu kepada syarat dan adab yang ketat, justeru itulah kita dapati setengah ulama yang menghukum Tafsir Bi al-Ra'yi adalah salah.

3. Kepercayaan kepada tahap fana' dan baqa'  adalah bukan daripada nas Islam. Tidak ada satu dalil daripada al-Quran dan Hadis yang menjelaskan konsep baqa dan fana seperti yang dianuti sebahagian aliran tasauf. Justeru mempercayai sesuatu yang tidak ada dalam nas adalah terlarang apatah lagi ianya berkaitan dengan akidah Islam.

4. Konsep kesatuan wujud atau Allah bersatu dengan jiwa yang kamil bertentangan dengan syariat dan hujah akal Islam di mana mustahil Allah boleh mengambil tempat makhluk. Ini akan menjadikan Allah lemah sedangkan mustahil atas Allah itu lemah. Tambahan pula konsep kesatuan Allah terhadap makhluk akan menyebabkan Allah mempunyai tempat dan bersudut yang mana ia juga mustahil ke atas Allah yang maha berkuasa.

5. Konsep pemujaan guru yang keterlaluan di kalangan aliran tasauf bertentangan dengan hadis nabi yang melarang pemujaan manusia. Bahkan nabi s.a.w sendiri melarang sahabat memuji dan memuja beliau. Rasulullah s.a.w. juga umatnya menggantungkan gambar untuk pemujaan seperti yang dilakukan oleh sebahagian aliran tasauf

1 ulasan: